11 June 2008

Air Terjun Jelawang

Gunung Stong dan Gunung Ayam memayungi Air Terjun Jelawang.
Air Terjun Jelawang.
Inilah yang menanti anda di Air Terjun Jelawang......

Di awal perjalanan......
Penulis diawal perjalanan. Biasanya akan mengambil masa 2 jam untuk sampai kemuncak Jelawang.
Dikiri adalah Otai Ulung Bonsai di Kelantan, Mr. Bohori dan disebelah kanan Mr. Yeo Otai lama Outdoor! Mr. Yeo merupakan jurugambar sepenuh masa.


Inilah dia Air Terjun Jelawang! Dengan ketinggian lebih seribu kaki ia merupakan antara air terjun tertinggi di Asia Tenggara.


Tahap pendakian adalah sederhana sahaja. Mungkin agak sukar untuk orang baru tapi berbaloi!
Tiba ditebing atas, dan hilanglah segala kepenatan semasa mendaki.

Pekan Dabong.

Ini adalah air terjun kedua diaras atas. Bagi yang minat memancing boleh lah mencuba.

Buat kenangan.
Kaki gunung dari Johor.


Untuk kesini anda boleh berkereta dari Kota Bharu sehingga kepekan Jeli, dari situ terus menuju ke Dabong yg terletak berhampiran Air Terjun Jelawang. Anda juga boleh menaiki kereta api dan turun dipekan Dabong. Jarak perjalanan dari Kota Bahru adalah lebih kurang 2 jam atau 120 k/m.

No comments: